Kenali mereka

Saturday, January 17, 2009

Trailor Hipotesis - Episod 6 – Ilmu Telus

Trailor Hipotesis - Episod 6 – Ilmu Telus

Bermula dengan tok bomoh berjaya mengubati penyakit adik Max yang bernama Liza. Max semakin percaya dengan kebolehan Yul Bruno, pada suatu malam ketika Yul Bruno sedang duduk berangan dtepi tangga Max datang dengan membawa komputer riba untuk bertanya tentang perubatan menggunakan elektrik dan juga Ilmu Telus. Dengan angkuhnya tok bomoh Yul Bruno menerangkan apa yang Max ingin tahu, akhir sekali Max meminta tok bomoh Yul Bruno mengajarnya mengenai Ilmu Telus, pada mula Yul Bruno agak keberatan untuk mengajar sedangkan wang pengeras semasa Mack belajar ilmu kebal belum di bayar, akhirnya beliau bersetuju dengan syarat Max memberikan adiknya Liza untuk dijadikan teman hidup Yul Bruno, oleh kerana taksub dengan kehebatan Yul Bruno Max sanggup meletakkan adiknya sebagai cagaran. Yul Bruno telah mengajar Max beberapa ilmu telus, yang mana semuanya di dedahkan Yul Bruno setelah Max tiada bersamanya. Antara perbuatan yang menunjukkan Ilmu telus ini adalah menutup mata sambil meniru gerak gaya orang lain, memotong buah timun sambil menutup mata dan menunggang motosikal semasa mata di tutup. Max semakin kagum dengan kehebatan Yul Bruno. Akhirnya Yul Bruno mendedahkan rahsia sebenarnya, dan Max tidak tahu bahawa beliau telah di peralatkan oleh Yul Bruno.
Sila tonton program sepenuhnya di www.hypp.tv

No comments: