Kenali mereka

Saturday, October 18, 2008

Kes “Uncle Seekers” 26 November


Kes “Uncle Seekers” 26 November

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam, menetapkan 26 November ini untuk pengurusan kes saman malu RM5 juta dikemukakan Keyua Penyelidik Paranormal Seekers Malaysia, Syed Abdullah Syed Hussien Al-Attas terhadap seorang pengamal perubatan tradisional yang didakwa mengeluarkan perkataan fitnah mengenai beliau di akhbar The Malay Mail , dua tahun lalu.

Timbalan Pendaftar Razman Ibrahim menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas dimaklumkan bahawa defendan, Mohd Arief Mohamad Batcha sudah melantik peguam baru melalui Tetuan Lainah Yaacob & Zulkepli dan memerlukan masa untuk meneliti semula dokumen berkaitan kes.

Pada 4 April lalu, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Seekers’ memfailkan saman malu itu terhadap Mohd Arief, juga pengasas Pusat Perubatan Tradisional Seni Pertahankan Diri Cakra Alam, di Mahkamah Tinggi Wisma Denmark di sini, melalui peguamnya Wan Azmir Wan Majid.

Dalam pernyataan tuntutannya, Syed Abdullah mendakwa Mohd Arief mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya di akhbar The Malay Mail pada 25 Oktober 2006 dan sekali lagi memfitnahnya di akhbar sama pada 2 November 2006.

Syed Abdullah mendakwa perkataan fitnah itu antara lain bermaksud, beliau adalah salah seorang gangster, terbabit dalam kegiatan jenayah dan mengugut orang.

Beliau mendakwa, perkataan fitnah itu dikeluarkan Mohd Arief selepas beliau membongkar amalan perubatan defendan yang didakwanya sebagai palsu dan menipu orang ramai.

Syed Abdullah berkata, akibat daripada pernyataan fitnah itu beliau kemudian ditahan dan direman oleh polis, selain gambar serta berita penangkapannya tersiar di media.

Sehubungan itu , beliau menuntut ganti rugi teladan berjumlah RM5 juta, ganti rugi am, faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relif yang difikir wajar oleh mahkamah.

1 comment:

ntah said...

http://forum.lowyat.net/topic/848653

komen2...